Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT !

Salam dear readers,

Jangan tanya.Ini semua keje Abg Ben Ben.Saya cume kanak-kanak peliharaan yang akur dan patuh pada arahan tuannya sahaja.

Amaran keras!: Entry panjang kutt. Sile bersedia dengan popcorn kat sebelah.

Pertama : Apakah karektor kartun yang paling korang minat dan mengapa?


hai. saya En. Nobita. Sayalah yang menjadi pujaan Nelly Ixora tu ^^


Mengapa beliau? sini saya akan jelaskan.

Beliau sangatlah pandai berlakon. KeHENSEMan kebagusan beliau berlakon sangatlah tidak dapat dipertikaikan  lagi. Jalaludin Hasan Shazely Sam pon x sehebat beliau. Dalam apa jua tawaran berlakon yang diberikan, semuanya tidak mengecewakan.

Beliau boleh melakonkan watak lucu,sedih,marah,kecewa,gembira dengan jayanya. Sila basuh minda anda dengan kartun-kartun pelakon-pelakon lain ketika ini utk mendapatkan gambaran kehebatan beliau dengan lebih jelas.

Sifat azali Nobita :
Sering memakai kaca mata zaman 80-an, berkemeja polo berwarna kuning yang dibeli di Giant berhampiran secara pukal. Mempunyai kelebihan unik seperti menembak dan bermain bunga api. 



Nobita di mane-mane filem lakonannya, pada  mulenye sangat2 annoying sehingga akupon mule mahu menyampah dengan beliau. Nasiblah perasaan tu aku terajang jauh-jauh demi membayangkan beliau sedang berlakon sahaja. Beliau akan memakse dan terus memakse sang Debab Doraemon jika mahukan sesuatu. Bile aku bole rase menyampah dengan beliau bermakna beliau HEBAT.

Aku suke sangat part beliau menyelamatkan rakan-rakan beliau kerana di situ beliau mulai serius. Watak beliau ketika serius amat terkesan di jiwa sehingga tidur malam termimpi-mimpi gara-gara merasekan beliau lelaki TerKacak. Semangat setiakawan dalam diri beliau walaupun sudah berkali-kali dibuli,diterajang,ditumbuk,digigit sangatlah menebal. Tidak memikirkan keselamatan diri jika rakan-rakan lain dalam bahaya. Ohh adorenya..-.-.

Walaupon kelihatan sekima, beliau sangatlah sweet muiitt mcm lolipop apabila melakonkan watak mengorat Si Cun Sizuka.   Sangat mengkagumkan apabila beliau dapat mengalahkan kemachaon Tekisugi dalam merebut hati Sizuka. Beliau sangat HEBAT.

Bile melihat filem beliau, aku akan standby tisu pat ploh kotak sebab mesti akan ade aksi yang menyentuh ulu hati perasaan aku. kalau beliau melakonkan watak sedih dan menangis aku akan ikut sama menangis teresak esak sampai hingus-hingus kuar tanpa segan silu. Kemudian, aku akn segera pausekan, masuk dalam bilik pelan pelan baring atas katil dan tarik selimut sampai atas kepala. Mulelah menangis secara tersedu-sedu dalam kadar volume paling rendah supaya tidak didengari mak ayah mahupun adik beradik.

Kedua : Apakah kartun yang paling korang tak minat langsung nak tengok dan kenapa?





dahla xensem.ade hati nk ngorat awek cun -.-

walaupon kegemaran terulung aku adalah kaler Pink tetapi tidak bermakna itu boleh menyucikan hati aku untuk cube meminati si Bajet Pinkla sangat Panther ni.. Mengapa?

Pertamanya, Bajet Pinkla sangat Panther sangatlah tak hensem. sudahlah xhensem, berwarna pink pula. damn!! *again. Nak cite panjang-panjang pasal diepon jadi geli geleman gara-gara kebencian meluap-luap. Sambil menaip nipon badan meliuk liuk kegelian dan menyukarkan proses tangan menaip kerana tangan serta merta menjadi gatal-gatal.

Apa yang pasti aku tak tau motip filem-filem dienih.sangat xmunasabah dan sangat tiada arah tujuan.yang pasti asyik masuk lubang kuar lubang. *ceh tengok jgk. Bile aku tengok filem dieje,rase termasuk dalam dunia xtentu hala dietu dan sekaligus rase macam nk jerit HELP ME HELP ME tarik aku jauh-jauh dari tb.....baru rase seolah olah tersedar dari mimpi yang amat dasyat.isyh xsukenye. dahla dunia si bajet ni xbest langsung.

Ketiga : Jika akuSUPERHERO, aku nak jadi.....



BHAHAHA.aku tau korang nak gelakkan aku.gelak la gelakk....finee..

pertama-tamanya, bebbbbbbbb, Sailor Jupiter sangatlah CUN MELECUN tahap dewa. walaupon si Comel ini merupakan seorang superhero, tapi die maintainnnnn cantekk je.aku xtaula kenapa aku xminat BOS die si Sailormoon tu.mungkin sbb skirt sailormoon pendek sgt? what the heck pnye alasan.

Jika aku jadi superhero, aku nak jadi macam Jupiter. Komfem, segala bilik-bilik jejaka di dunia akan dipenuhi dengan muke aku. Semestinya mereka mengimpikan sesuatu yang buruk terjadi agar aku datang dengan segera menyelamatkan mereka. Walhal, motip utama hanyalah ingin menyaksikan aku secara live.so sweet ^^

Sedikit Info mengenai Jupiter :
Nama sebenar beliau adalah Makoto Kino * Nekoto Ikino ( ganti nelly ixora bole? ) Merupakan 'muscle' dalam kumpulan Sailor! yeah! tu yang aku sangat2 banggakan. sangat hebat sebab boleh manipulate lighting dan menggunakan plant-based power.

Si Comel ini mempunyai kekuatan fizikal yang amat hebat berbanding yang lain which is HEROIN terhebat abad ini. * walopon hero utama sailormoon. Walaupun Jupiter merupakan superhero, tetapi beliau merupakan seorang yang amat amat rajen dalam mengemas dan memasak.i like!! Tidak seperti Sailor yang len-len. HAHA. ok pasni nak berangan jadi jupiter kejap.kejapje.

kalo nak join sile pegi ke segmen abg ben ben neh ;P


P/S : selepas bace, jangan pandang remeh. Pandang ramah ramah.

27 comments:

  1. eja uka doremon
    salam eja nak tanya soalan kt abg ben klik la kalau setuju
    http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/04/nak-tanya-soalan-kt-ben-ashaari-kalau.html

    ReplyDelete
  2. haha.suke doremonn eh cpt cte psal doremon!

    ok.will do;)

    ReplyDelete
  3. Hahaha... Ni mesti peminat fanatik dgn kartun. Hehehe. Best entri awak dear, akak suka.

    ReplyDelete
  4. suke sailor jupiter....cun melecun tu...=)

    ReplyDelete
  5. kak fiza : hahaha.fanatikla sgtt.;D thnks!

    ReplyDelete
  6. best cite sailormoon...dulu sy tengok gak

    hihihihih

    ReplyDelete
  7. erk...fyna suke tgk sume kartun tue...



    jom singgah n follow belog fyna.
    ade segmen..
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. salam kenal.. dtg dari blog abg ben.. har har har

    ReplyDelete
  9. haha..kamoo ske nobita>??

    sy pula ske doraemon ckgu...
    minx ckgu jenguk blog sy ye..huhu

    ReplyDelete
  10. segmen ni buat rindu zaman kanak2 ler..;-)

    ReplyDelete
  11. dengan kuasa bulan !!! nobita erkk =.="

    ReplyDelete
  12. eheh, terasa seperti kanak-kanak riang kan bila buat segmen ni..

    ReplyDelete
  13. isma : kan2..skrng da xde;( tapi mcmla smpat nengok kalo ade.haha

    ReplyDelete
  14. fuyoohh : maceh!;) singgah lagi.

    ReplyDelete
  15. faez : ramai dh ske doremon.xtrill la ;P
    baik.segera mnyinggah

    ReplyDelete
  16. fasha & lulu : aha tau xpekan..ske giler segmen ni ;)

    ReplyDelete
  17. terbang dari blog abg Ben (:
    *rinduuuuu zaman kanak kanak .

    ReplyDelete
  18. singgah sni from blog abg ben :) bila tgok gmbar2 kartun ni, rindu pulak zaman kanak-kanak kan ^____^

    haha. mcm tau je nobita beli baju kat giant :PP

    ReplyDelete
  19. myz.ziema : haha.dah die pkai baju samejee.beli byk2 r tu.;P

    ReplyDelete
  20. Doraemon...sampai arini teringat lagu dia...tapi malay version nye la. hahaha

    ReplyDelete

welcome ;)