Assalammualaikum...
Alhamdulillah masa yang ditunggu-tunggu sejak 2 tahun lepas. Masa urusan pembelian rumah tu kalau boleh nak dapat on the spot jugak kunci. Tak sabar. Dan start dari tu dah penuh dah memory kat hp ni bab-bab rumahni . Berangan macam-macam nak buat.
Masuk tahun ni dah 5 tahun aku duduk rumah sewa sekarangni sejak kahwin. Anak nak masuk tiga dah. Serius tak sangka sebenarnya lama benau. Plan nak beli rumah tu dah lama. Tapi paham-paham la baru nak mula hidup kan. Bila anak lahir je rezeki mencurah-curah alhamdulillah.
Tapi baru dapat kunci dah plan nak beli rumah lain area Nusajaya sana haa. Haha. Sebab macam nak settle down kat sana satu hari nanti.
So minggu lepas 19 April 2018 tarikh kitorang pegi amik kunci kat developer . Masa aku ngan laki aku memang betul2 pack. Jarang kitorang dapat masa satu hari settelakan apa yang patut. Husband memang busy bawah sikit dari Najib . Nak buat apa-apa memang curi-curi masa je. Haritu lepas settle urusan kunci cepat-cepat pegi jenguk rumah. Tapi sekadar tengok je nak buat defect memang tak sempat. Dia nak gi keje .
First time nak pegi tengok rumah selepas peristiwa minggu lepas nya kitorang nak gi tengok. Kene carut dek papan tanda depan kawasan rumah tu haha.
Masa masuk tu aku dah ready dah dengan macam-macam jenis kontraktor yang akan follow dari belakang. Selamni aku baca kat blog orang je rupanya memang betul . Memang akan ada je hilux2 kereta-kereta yang ikot dari belakang once korang masuk taman perumahan baru. Bila sampai je depan rumah macam-macam jenis kad la dorang hulur. Grill la, kitchen cabinet la tinted la. Tapi actually bagus jugak sebenarnya boleh aku survey-survey harga terus. Tapi sebabkan aku dah bersedia mental fizikal memang aku tak mudah la nak letak deposit terus. Steady lily steadyyy haha
Ni list quotation yang aku dapat hari kejadian :
1. Grill - RM 2800 satu rumah
2. Tinted - RM550
3. Kitchen cabinet - RM6700
4. Buat stor bawah - RM1000
Aku rasa tinted ngan grill dah murah dah. Tapi aku sabar lagi tak nak terburu-buru. Balik rumah tu terus keluar calculator buat kira-kira . Dah start verangan macam-macam. Verangan is FREE okey .
Aku plan nak buat tinted dengan grill dulu memandangkan aku nak pindah masuk hujung bulan 5 nanti. Beli rumah kalini aku guna government loan dan aku buat full loan dari harga rumah. So aku ada balance dalam RM25k ++ macamtu. Tapi lambat giler dapat. 2 bulan lepas dapat kunci baru developer bagi check. Mau bulan 6 baru dapat balik tu. Tapi aku guna duit simpanan la dulu untuk dua benda ni. Takkan semua nak guna duit balance tu kan. Banyak lagi nak buat ni.
Dahla due beranak aku bulan 6. Banyaknyaaa nak pakai duit . Kepala otak pun banyak benda nak pakai haha. Tak boleh sangkut dah mana satu kat otak ni dengan keje lagi, rumah lagi, nak beranak lagi. Harap-harap baby bertahan ye sayang . Jangan pening-pening macam mmy. Biar mmy je pening sorang-sorang.
Next aku akan update lagi pasal rumah. Now aku nak pegi handle Bicara Berirama aku tu. Aduhh pening mak baruje abis kawad haritu. Muka burn pun tak helok lagi. K lah sambung nanti k bye
No comments:
Post a Comment
welcome ;)