Saturday, April 21, 2018

Dapat kunci rumah baru yeayyy

Assalammualaikum...

Alhamdulillah masa yang ditunggu-tunggu sejak 2 tahun lepas. Masa urusan pembelian rumah tu kalau boleh nak dapat on the spot jugak kunci. Tak sabar. Dan start dari tu dah penuh dah memory kat hp ni bab-bab rumahni . Berangan macam-macam nak buat.

Masuk tahun ni dah 5 tahun aku duduk rumah sewa sekarangni sejak kahwin. Anak nak masuk tiga dah. Serius tak sangka sebenarnya lama benau. Plan nak beli rumah tu dah lama. Tapi paham-paham la baru nak mula hidup kan. Bila anak lahir je rezeki mencurah-curah alhamdulillah.

Tapi baru dapat kunci dah plan nak beli rumah lain area Nusajaya sana haa. Haha. Sebab macam nak settle down kat sana satu hari nanti.

So minggu lepas 19 April 2018 tarikh kitorang pegi amik kunci kat developer . Masa aku ngan laki aku memang betul2 pack. Jarang kitorang dapat masa satu hari settelakan apa yang patut. Husband memang busy bawah sikit dari Najib . Nak buat apa-apa memang curi-curi masa je. Haritu lepas settle urusan kunci cepat-cepat pegi jenguk rumah. Tapi sekadar tengok je nak buat defect memang tak sempat. Dia nak gi keje .

First time nak pegi tengok rumah selepas peristiwa minggu lepas nya kitorang nak gi tengok. Kene carut dek papan tanda depan kawasan rumah tu haha.

Masa masuk tu aku dah ready dah dengan macam-macam jenis kontraktor yang akan follow dari belakang. Selamni aku baca kat blog orang je rupanya memang betul . Memang akan ada je hilux2 kereta-kereta yang ikot  dari belakang once korang masuk taman perumahan baru. Bila sampai je depan rumah macam-macam jenis kad la dorang hulur. Grill la, kitchen cabinet la tinted la. Tapi actually bagus jugak sebenarnya boleh aku survey-survey harga terus. Tapi sebabkan aku dah bersedia mental fizikal memang aku tak mudah la nak letak deposit terus. Steady lily steadyyy haha

Ni list quotation yang aku dapat hari kejadian :
1. Grill - RM 2800 satu rumah
2. Tinted - RM550
3. Kitchen cabinet - RM6700
4. Buat stor bawah - RM1000

Aku rasa tinted ngan grill dah murah dah. Tapi aku sabar lagi tak nak terburu-buru. Balik rumah tu terus keluar calculator buat kira-kira . Dah start verangan macam-macam. Verangan is FREE okey .

Aku plan nak buat tinted dengan grill dulu memandangkan aku nak pindah masuk hujung bulan 5 nanti. Beli rumah kalini aku guna government loan dan aku buat full loan dari harga rumah. So aku ada balance dalam RM25k ++ macamtu. Tapi lambat giler dapat. 2 bulan lepas dapat kunci baru developer bagi check. Mau bulan 6 baru dapat balik tu. Tapi aku guna duit simpanan la dulu untuk dua benda ni. Takkan semua nak guna duit balance tu kan. Banyak lagi nak buat ni.

Dahla due beranak aku bulan 6. Banyaknyaaa nak pakai duit . Kepala otak pun banyak benda nak pakai haha. Tak boleh sangkut dah mana satu kat otak ni dengan keje lagi, rumah lagi, nak beranak lagi. Harap-harap baby bertahan ye sayang . Jangan pening-pening macam mmy. Biar mmy je pening sorang-sorang.

Next aku akan update lagi pasal rumah. Now aku nak pegi handle Bicara Berirama aku tu. Aduhh pening mak baruje abis kawad haritu. Muka burn pun tak helok lagi. K lah sambung nanti k bye

Wednesday, April 18, 2018

My 3rd Pregnancy : Future 3rd AM

Assalammualaikum...

Last update dekat draf masa pantang anak kedua tak sempat abis pun karang pastu aku biarkan je bersawang sampai sekarang. Nak masuk anak tiga dah pun haha.

Sekarang ni dah 29 weeks. Alhamdulillah dah sampai 7 bulan. Harap-harap lepas la sampai 9 bulan kalini memandangkan dua-dua anak aku lahir 8 bulan. Tapi sihat alhamdulillah. Kalini macam nak merasa sampai 9 bulan . Lagipun aku nak la raya dulu . Hehe.

Bukan takat nak raya je, nak lepaskan jugak urusan pindah rumah. Kunci dah dapat dah. Nila tujuan utama aku update balik. Sebab nak update pasal rumah. Senang nanti akan datang lagipun lately memang aku kerap google blog pasal rumah. Pening jugak eh. Macam-macam nak pikir . Nak kemas pun satu hal dengan perut aku macam nak pecah dah ni mengemas sorang-sorang . Sikir-sikit pun macam tak siap-siap.

So tentang pregnant anak ketiga ni...hurmm....

Pengalaman yang berbeza sebab kalini aku mabuk . Cuma tak la teruk. Tapi disebabkan dua-dua sebelumni laki ku yang mabuk , so aku rasa teruk la haha.

Cuma nya tempoh tak la lama. 2- 3 bulan macamtu je. Tiba malam je langsung tak boleh makan. Makan je nak muntah. Tapi lapar gila ni. Siang pun sama mabuk-mabuk manja gitu. Tengok makanan kalau nak makan. Sekarangni je sedap aku melantak macam-macam. Dahla suka yang manis-manis je sekarangni.

Masa kandungan aku di sahkan 12 minggu tak silap. 3 bulan. Dalam 2 minggu kebelakangan tu, aku perasan macam ada something keluar macam air yang banyak. Maybe sebab bz kemain awal-awal tahun ni. So, bila checkup tu bagitau la doktor . Doktor pun masukkan satu alat ni tak ingatla apa. Dan sekali lagi doktor tokha ni suka bagi aku surprise anouncement. Dua-dua anak aku dulu dia la yang bagi date suh beranak esok lah malam tu la.

Kalini doktor cakap rahim aku dah buka 2 cm. Allah... Baru 3 bulan .T.T

Apa solution nya ? Buat minor operation untuk jahit rahim supaya dapat tahan baby dari keluar. Memandangkan masih lagi awal sangat-sangat. Laki akuni laju je setuju. Aku dah di awang-awangan dah. Mana tak nya esok jugak dia nak buat. Aku punya cuak siap tnya doktor tu mana sakit bersalin ke operate ni? Sengal , sengalllllll.

Nantila aku update pasal operation cerclage serviks ni ye. Lebih details. Mungkin ada orang kat luar sana yang ada masalah sama macam aku kan.

Ni pun aku terajin update kat sekolah sebab tengah rasa mengantuk sangat-sangat harini. Baiklah aku buat benda berfaedah sikit tak gitu. K bye