Thursday, March 31, 2011

History Part 1 : Merong Mahawangsa

Assalammualaikum..;)

Harini aku nak mengotakan janji. Last entry aku dah janji nak update pasal sejarah Si merong. tapi janganla plak korang hengat aku menghilang sejak-sejak ni sebab pegi daftar kat bahagian arkeologi ke sejarawan ke pegi Rom ke apeke semata-mata nak mengkaji pasal Si Merong ni.tidak T___T

Maklumat kan dihujung jari.i'm just googeling :P :P okla kan kire ade inisiatif mau cari tahu pasal si Merong.and bet korang pon xdenye rajen nak bukak wikipedia sekalipon.kan? kan? So,this is the story.


kulit buku sang cerita.

Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China.

Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri.

 Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya, Raja Seri Maha Inderawangsa menentang perintahnya dan berkahwin dengan puteri bangsa gergasi. Perkahwinan inilah yang melahirkan Raja Bersiung, raja yang paling terkenal dalam hikayat ini.

Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih terkenal sebagai Raja Bersiung menjadi seorang Raja yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan tersingkir dari takhta. Baginda diganti oleh puteranya yang bergelar Raja Phra Ong Mahaputisat yang digantikan pula oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa.

P/S : agak-agak korang ade x persamaan dgn cerita Hikayat Merong Mahawangsa by KRU. Banyak yang aku konfius sebenarnye.apelagi korang yang bace mesti lagi konfius (--"). Nak cakap takot kntrovesi.BHAHAHA!! perasankauartisbuatstatementhangit nak kontrovesi bagai.


Lu Pikirlah sendiri.

1 comment:

welcome ;)