Thursday, March 31, 2011

History Part 1 : Merong Mahawangsa

Assalammualaikum..;)

Harini aku nak mengotakan janji. Last entry aku dah janji nak update pasal sejarah Si merong. tapi janganla plak korang hengat aku menghilang sejak-sejak ni sebab pegi daftar kat bahagian arkeologi ke sejarawan ke pegi Rom ke apeke semata-mata nak mengkaji pasal Si Merong ni.tidak T___T

Maklumat kan dihujung jari.i'm just googeling :P :P okla kan kire ade inisiatif mau cari tahu pasal si Merong.and bet korang pon xdenye rajen nak bukak wikipedia sekalipon.kan? kan? So,this is the story.


kulit buku sang cerita.

Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China.

Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri.

 Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya, Raja Seri Maha Inderawangsa menentang perintahnya dan berkahwin dengan puteri bangsa gergasi. Perkahwinan inilah yang melahirkan Raja Bersiung, raja yang paling terkenal dalam hikayat ini.

Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih terkenal sebagai Raja Bersiung menjadi seorang Raja yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan tersingkir dari takhta. Baginda diganti oleh puteranya yang bergelar Raja Phra Ong Mahaputisat yang digantikan pula oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa.

P/S : agak-agak korang ade x persamaan dgn cerita Hikayat Merong Mahawangsa by KRU. Banyak yang aku konfius sebenarnye.apelagi korang yang bace mesti lagi konfius (--"). Nak cakap takot kntrovesi.BHAHAHA!! perasankauartisbuatstatementhangit nak kontrovesi bagai.


Lu Pikirlah sendiri.

Saturday, March 19, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa Hebat!

Assalammualaikum..

Ini baru betul semangat.kalah semangat kesukanan atau kenegaraan.Baruje balik dari tengok merong mahawangsa terus aku update blog.gelakkan diri sendiri.BHAHAHA.

Actually,harini plan nak berjumpa dengan si sahabat iaitu Munie a.k.a Shewang :P .Munie kawan aku waktu di alam keanak-anakan dimana alam itu adalah ketika aku sedang berada di tingkatan 4 dan 5.gelak lagi.HAHA.

ye betul.aku rasa aku masih keanak-anakan lagi dikala itu.tiada perkataan dewasa dalam kamus diari,buku nota sekolah dan sebagainya.masih kanak-kanak.masih bermain kejar-kejaran bersama rakan sebaya.masih makan kopok lekor cicah kuah tumpah-tumpah.masih berjalan dari satu kelas ke kelas lain.masih memakai beg sandang belakang.masih tak pandai nak bercinta-cinta ( ye sedar diri dah ting.4 pon xde boypren2 lagi.fine ). Sooooo,nak dijadikan ceritanya...........ok.aku buat dialog jelah malas nk cerita panjang2.

Taip mesej,tit tut tit tut

Aku : munie,tanya k.nor dia nak kuar tak? * sebenarnya jejaka ye tuan-tuan puan-puan,nama sebenar Norhafiz,kami pgil k.nor.mengape? jangan tanye.sayapun tak tahu menahu 
Munie  : T aku tanya beliau......

Beberapa minit kemudian

Munie : Dia nak kua tengok wayang mlmni...dia ajak,jujomm....
Aku : Dia nak gi ngan sape? ajak far x? ( Far adalah aweknye merangkap sahabat aku juga )
Munie : Dia kate ade 4 orang agi member dia.
Aku : Suhla ajak far
Munie : Uit,die cakap tengok kat the curve...dia cakap kalo kita ade dia ajak far..
Aku : Bagi no k.nor jap nak kol.sbb the curve aku check online dah abes.

Mengkolling beliau....perbualan dirahsiakan.padahal malas nak taip.

beberapa minit kemudian

k.nor : malam ni merong mahawangsa kul 10 malam..8 tiket dah beli..see u guys at 9pm at the curve
aku : yeay!.finally dapat tengok merong mahawangsa. ( jerit dalam hatije )

konon-konon buat dialog nak pendekkan cite tapi tetap panjang gak.haishh fail.

Munie ngan k.nor sampai dalam kol 9 camtu.Aku? kol 9.30 kot. hurm.geleng kepala tanda kecewa.ingat dapatla pegi cepat cket.melahap apa yang ada kat sana.tapi aku sangkut dalam kesesakan jalan raya.

padahal takdepon.mengada r kau .dah lambat tu lambatjela kan.baek. Ingatkan aku yang paling lambat tapi rakan-rakan seperjuangan k.nor pon lom sampai.ok.xkesah.yang kisah adalah??? camwhore.gelak gelak.HAHAHA.sungguh xadil kalau xbergambar-gambar buat kenang kenangan.


muke dapat nengok wayang malam minggu harus gumbira.


biasalah kalo kat escalator pon nak bergambar memang normal la tuh.


ini shewang :P :P :P


ini k.nor.napetah aku bersopan tetibe.sebenarnya memang sopan.sila percaya.


ok.dah abes.kol 12.10 abes.ngantok.sape suh korang beli tiket kol 10.skang anta aku balik!! haha.takot ok nak balik sorang-sorang kat rawang tu.giler ke giler ke.abang aku siap ckp cmni lagi,baek-baek kat sini banyak antu....
ok fine.time kasih daun keladi.apelagi,aku angkutla munie nek kete aku,k.nor, u pollow2 blakang i key. Lepas anta aku,k.nor anta munie plak balik dmnsara damai.xpe,umah mereka dekat-dekat saje.aku yang jauh.nape x kat tanjung malim terus.haishh. 


aku siap pesan kat dorang,tunggu sampai aku kunci pagar,
kunci grill,kunci pintu umah baru korang leh blah.
Permintaan dikabulkan.time kasih.

Gudnite.














Coppp.belom habes lagi. Actually xsempurna rase kalo xceritakan serba sedikit tentang cerita hebat Yusry ni.Cerita ni aku bagi 5/5 bintang.sries.bukan tipu munye.metul-metul munye.susah jugak aku nak bagi bintang pada cerita melayu.akukan pencinta wayang yang hebat.

khurafat yang digembar gemburkan hebat tupon aku bagi 3 je oke.3.Baru start je pon aku dah kate WOW.macam tak caya ini cerita melayu.korang pon akan berpikiran sama macam aku jugak.memang bangga tahap cipan.tak sangka pengarah melayu boleh buat cerita macamni.tak sangke.sekali lagi tak sangke. sampai aku teringin nak buat entry pasal sejarah merong mahawangsa ni sendiri.later aku buat oke.pomish!

 korang pon mesti baca.nampaknya kru kena buat filem satu buku sejarah barulah student dapat A every year exam sejarah.JANGAN KAU MIMPI. stephen dalam citeni mmg ensem giler.....macho tahap dewaa.rambut panjang mmg sesuai tapi kalau kau rambut pendek aku tutop mata semula.maap T______T. 

marcus plak bile tengok dia antara yang laen-laen nampak cam poyo mungkin sebab orang putih kotkan.orang putihkan tak nampak hebat.stephen kan keje die berlawan sana sini so nampakla macho.

tapi part last tu marcus nk selamatkan kekasih die tu,waktu die berlawan ngan mawas memang nampak machoooooooooonyeeeeeeeeeeeeeeee engkauuuuuuuuu wahai marcusssssssssssssss.nakkkkkkkkkkkkkkk sainnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn......lebih kurang camtula tapi dalam hatije.(--")

( *actually kamawas.KAHKAH lawak giler nme bagi name ni kan aku dh gelar mawas ) 


poster made by KUKUBESI.sape xkenal search la kat FB atau google sekalipon.
photographer hebat same macam merong.kihkih

so,aku menyeru kepada korang-korang di luar sana,silelahh menonton filem ini di pawagam.tak payah tunggu download2 atau cetak rompak.sile tengok di pawagam untuk dapat effect lagi gempak.sekian.

Wednesday, March 16, 2011

Breakfast Wedges DIY

Assalammualaikum...

Pagi2 lagi lepas solat subuh,terus online.sangat xbersivik walaupun saya cikgu sivik. 10 minit kemudian,mak dah bising suruh buat sarapan.Baek.Ingatkan nak buat nasi goreng tapi mmglah mak saya berselera western tetibe pagini nak makan wedges.haisshh mana mau cari.OWH! bile tengok kat bakul kemain lagi kentang bergolek-golek kat dalamtu.banyak nyeh kentang neh.giler r.gile.gile kentang.Apelagi,misi melaksanakan wedges DIY ( Do it Yourself! ) bermula. Oh ya, ini resepi saya sendiri. Sile sediakan bahan-bahan berikut :

Bahan-BahanWedges DIY :
Kentang
Tepung Goreng Ayam
Kiub Pati Ayam
Garam
Ketumbar

Bahan Tambahan :
Sos cili
Mayonis

Cara-cara :
1.Kupas kentang dengan bergaya
2. Potong kentang ikut citarasa tapi sudah tentulah bentuk wedges kfckan.Buat bentuk bintang ke bulan ke petak segi pon bole.Tiada hukuman dikenakan. Sile enjoy ketika memotong.
3. Gaul dan golekkan kentang-kentang tadi bersama bahan-bahan di atas dengan sebati. Ingat! Pastikan sebati supaya dapat bersikap adil
4.Panaskan minyak dan goreng dengan gembira.


hasil setelah digoreng.yummy!!


enak dicicah bersama sos cili cap maggi.ingt.cap maggi sahaja.
(abaikan keselebetan botol sos)


oh saya lupe.gaulkan sos dgn mayonis.baru enak.


Minuman segera yang enak lagi lazat.Milo fuze 3 in 1 cereals.
pastikan ade cereals.sesuai minum waktu pagi.
tu yang buat rasanya sedap giler.


pliz try diz at home!


sekian. selamat mencuba.
gud morning everybody!