Monday, July 9, 2018

Rumah Baru : Kitchen Cabinet

Assalammualaikum ...

Banyak sangat nak update pasal rumah. Bila dah tertangguh-tangguh akupun pening dan tak berapa nak ingat dah . Part yang paling malas nak transfer gambar ke laptop. Masa menaip ni pun aku dalam pantang dan tak settle lagi hal pindah rumah gara-gara laki aku sorang je yang dok gigih kemas rumah. So harini nak cite sikit pasal kitchen cabinet . Ni antara list yang WAJIB didahulukan lepas dapat kunci. First kitorang buat haritu tinted rumah. Ini yang paling penting bila korang pindah rumah baru. Tinted perlu buat sebelum pasang grill. Kalau dah pasang grill susah kang dorang nak buat tinted. Tak memasal harga melambung. Nanti aku update pasal tinted

Lepas tinted siap, aku ngan husband deal pulak untuk grill , wiring & kitchen cabinet. Grill pun nanti aku update. Aku jenis tak berani dan tak suka buat dengan sorang kontraktor. Aku nak cari yang betul-betul spesifik dengan bidang masing-masing supaya takdela nanti tersangkut sana tersangkut sini. So, tinted aku amik orang lain, grill orang lain, wiring & KC pun orang yang berlainan. Sebelum aku confirm dengan orang yang buat ni aku dah survey ramai dah. Aku baca jugk blog-blog yang ada dan alhamdulillah aku rasa so far tak tersilap langkah lagi dan aku tak teramik lagi yang cekik darah. Bila aku baca blogger lain punya ada yang 2 kali ganda memang pelik sangat2. So korang better study and buat research dulu sebelum main grab je depan mata.

So untuk kitchen cabinet aku deal dengan Mr Lim. Harga dia sama je dengan 3,4 orang kontraktor lain yang aku tanya . Memang standard kat Pasir Gudang ni kot. RM6800. Murah dah.... Tapi disebabkan 'kehendak' selera besor aku yang mengidam kononnya dah lama maka KC aku up jadi RM9600 . Nangis T.T .

Aku memang minat & verangan sangat nak KC material solid nyatoh ala2 omputih punya cabinet tu. Tapi memang ramai tak suggest kalau kat Malaysia ni nak pakai material kayu ni sebab anai-anai. Buat mahal-mahal pastu ko kongsi dengan anai-anai. Tak ke haru ?? Mr Lim ni pun hasut aku jugak membazir je nanti u buat ramai dah custemor saya blablabla. Dia ajak aku membawang.




Ni contoh-contoh KC material solid nyatoh idaman. cantik gila kaler baby bluee T.T Omel sangat wehhh. Boleh tidur kat dapur cenggini

Akupun redha la . Tapi one day masa aku google2 aku baru tau ada satu material alumunium ni dia sebijik macam rupa kayu tapi alumunium. Memang cantikk sangat. Cuma harga memang meninggal la.
yangnila. Ko nak kaler apa cakap je boleh spray ikot warna idaman kita. Putih pun boleh. Cuma aku ni dah terdeal ngan Lim ni ( dia tak buat macamni ) akupun proceed jela apa yang hadoo.

Sebab aku minat ala-ala scandinavian punya theme so aku pilih warna putih untuk kitchen cabinet aku. Kalau harga RM6800 tu korang boleh dapat yang standard macam biasa KC yang macam-macam kaler tu. Ini ikut ukuran rumah aku la. Kalau putih plak dia akan dapat kaler putih kehijauan tu bukan betul-betul putih. Macam kat bawahni 


belah kanan ni. 

Aku nak yang betul-betul putih macam ni .




Mr Lim cakap boleh tapi kene hantar spray. Line tepi pun aku nak hitam tak nak silver . ( banyak cekadak ) . Tu yang harga jadi lain tu. Lagi satu sebab aku pasang hood so dia kene tebuk untuk lubang hood. Pun tambah harga. Dan satu lagi yang buat mahal tiles dinding yang aku pilih. Pun mahal . Nangis lagi T.T Sebab aku nak sangat tiles macamtu so sampai ke johor jaya lakiku mencari.

Next entry aku tunjuk tiles yang aku berkenan sangat tu. KC aku pun tak siap lagi baru siap table top. Nak tunggu spray punya pasal . Takpela nasib aku tengah berpantang. Bolehla buat lek-lek. Bukan nak masuk rumah lagipun. Insyaallah kalau ada rezeki beli rumah lagi besar aku nak buat macam yang atas-atas tu jugak hehe. Aminnnn...


Saturday, April 21, 2018

Dapat kunci rumah baru yeayyy

Assalammualaikum...

Alhamdulillah masa yang ditunggu-tunggu sejak 2 tahun lepas. Masa urusan pembelian rumah tu kalau boleh nak dapat on the spot jugak kunci. Tak sabar. Dan start dari tu dah penuh dah memory kat hp ni bab-bab rumahni . Berangan macam-macam nak buat.

Masuk tahun ni dah 5 tahun aku duduk rumah sewa sekarangni sejak kahwin. Anak nak masuk tiga dah. Serius tak sangka sebenarnya lama benau. Plan nak beli rumah tu dah lama. Tapi paham-paham la baru nak mula hidup kan. Bila anak lahir je rezeki mencurah-curah alhamdulillah.

Tapi baru dapat kunci dah plan nak beli rumah lain area Nusajaya sana haa. Haha. Sebab macam nak settle down kat sana satu hari nanti.

So minggu lepas 19 April 2018 tarikh kitorang pegi amik kunci kat developer . Masa aku ngan laki aku memang betul2 pack. Jarang kitorang dapat masa satu hari settelakan apa yang patut. Husband memang busy bawah sikit dari Najib . Nak buat apa-apa memang curi-curi masa je. Haritu lepas settle urusan kunci cepat-cepat pegi jenguk rumah. Tapi sekadar tengok je nak buat defect memang tak sempat. Dia nak gi keje .

First time nak pegi tengok rumah selepas peristiwa minggu lepas nya kitorang nak gi tengok. Kene carut dek papan tanda depan kawasan rumah tu haha.

Masa masuk tu aku dah ready dah dengan macam-macam jenis kontraktor yang akan follow dari belakang. Selamni aku baca kat blog orang je rupanya memang betul . Memang akan ada je hilux2 kereta-kereta yang ikot  dari belakang once korang masuk taman perumahan baru. Bila sampai je depan rumah macam-macam jenis kad la dorang hulur. Grill la, kitchen cabinet la tinted la. Tapi actually bagus jugak sebenarnya boleh aku survey-survey harga terus. Tapi sebabkan aku dah bersedia mental fizikal memang aku tak mudah la nak letak deposit terus. Steady lily steadyyy haha

Ni list quotation yang aku dapat hari kejadian :
1. Grill - RM 2800 satu rumah
2. Tinted - RM550
3. Kitchen cabinet - RM6700
4. Buat stor bawah - RM1000

Aku rasa tinted ngan grill dah murah dah. Tapi aku sabar lagi tak nak terburu-buru. Balik rumah tu terus keluar calculator buat kira-kira . Dah start verangan macam-macam. Verangan is FREE okey .

Aku plan nak buat tinted dengan grill dulu memandangkan aku nak pindah masuk hujung bulan 5 nanti. Beli rumah kalini aku guna government loan dan aku buat full loan dari harga rumah. So aku ada balance dalam RM25k ++ macamtu. Tapi lambat giler dapat. 2 bulan lepas dapat kunci baru developer bagi check. Mau bulan 6 baru dapat balik tu. Tapi aku guna duit simpanan la dulu untuk dua benda ni. Takkan semua nak guna duit balance tu kan. Banyak lagi nak buat ni.

Dahla due beranak aku bulan 6. Banyaknyaaa nak pakai duit . Kepala otak pun banyak benda nak pakai haha. Tak boleh sangkut dah mana satu kat otak ni dengan keje lagi, rumah lagi, nak beranak lagi. Harap-harap baby bertahan ye sayang . Jangan pening-pening macam mmy. Biar mmy je pening sorang-sorang.

Next aku akan update lagi pasal rumah. Now aku nak pegi handle Bicara Berirama aku tu. Aduhh pening mak baruje abis kawad haritu. Muka burn pun tak helok lagi. K lah sambung nanti k bye